TALIAN KHIDMAT
WHATSAPP

KALKULATOR
PINJAMAN

TALIAN KHIDMAT WHATSAPP

KALKULATOR PINJAMAN

Back to NEWSROOM

MG ZS PEMASANGAN TEMPATAN RASMI DILANCARKAN DI MALAYSIA DENGAN DUA PILIHAN TREN KUASA

29 Okt 2026

KUALA LUMPUR, 29 Oktober 2026 – SAIC Motor Malaysia telah melancarkan MG ZS serba baharu yang dipasang secara tempatan, dengan dua pilihan tren kuasa, iaitu MG ZS 1.5 Turbo dan MG ZS Hybrid+. Harga jualan bermula RM103,900 bagi varian 1.5 Turbo dan RM109,900 bagi varian Hybrid+ (Semenanjung Malaysia, tidak termasuk insurans).

Pelanggan yang membuat tempahan awal bagi mana-mana varian akan menikmati manfaat bernilai RM3,000 serta penyelenggaraan percuma selama lima tahun. Sehingga 31 Disember 2026, pembeli MG ZS 1.5 Turbo turut boleh menikmati pakej pembiayaan khas hasil kerjasama dengan Hong Leong Bank dan Bank Rakyat. Sementara itu, pembeli MG ZS Hybrid+ pula akan menerima ganjaran bonus hujung tahun sebanyak RM3,000 sebagai tambahan kepada manfaat tempahan awal.

Emory Qi, Pengarah Urusan SAIC Motor Malaysia, berkata MG ZS menawarkan pilihan menarik dalam segmen SUV kompak, dengan pilihan enjin petrol turbo atau sistem hibrid untuk memenuhi keperluan pemanduan yang berbeza. Pihak syarikat yakin bahawa pelancaran MG ZS baharu ini akan terus mengukuhkan kedudukan mereka dalam segmen berkenaan.

“MG ZS menggabungkan teknologi tren kuasa canggih, reka bentuk yang dinamik, serta ciri praktikal untuk memenuhi keperluan pemandu bandar. Dengan pilihan enjin 1.5T atau sistem hibrid Hybrid+, pelanggan boleh memilih varian yang sesuai dengan keperluan dan gaya pemanduan masing-masing,” katanya.

Reka Bentuk Dinamik dan Praktikal untuk Kegunaan Harian

MG ZS menampilkan lampu utama Connected Hunter Eyes, kemasan gril beraksen hitam, bentuk badan aerodinamik, lampu belakang LED, spoiler belakang, serta rim aloi 18 inci moden. Kedua-dua varian ditawarkan dalam empat pilihan warna luaran: Flare Red, Silver, Andes Grey, dan York White.

Dengan ukuran panjang 4,430mm dan lebar 1,818mm, MG ZS menawarkan ruang kabin yang luas dengan susun atur ergonomik, ruang penyimpanan pintar, ruang kepala dan kaki yang selesa, serta 30 ruang simpanan.

Bahagian dalaman serba hitam menampilkan tempat duduk kulit sintetik berliang (perforated leatherette) yang dilengkapi fungsi pengudaraan bagi kerusi hadapan. Kokpit berfokuskan pemandu ini turut dilengkapi bumbung panoramik, paparan infotainmen terapung 12.3 inci dengan sokongan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, serta kluster meter digital penuh 12.3 inci. Ini menggabungkan aspek hiburan, kesalinghubungan, dan maklumat pemanduan penting dalam satu paparan intuitif.

Sistem suspensi pada kenderaan ini menggabungkan bahan yang tegar dan ringan bagi mengimbangi keselesaan dan pengendalian semasa pemanduan. Tiga mod pemanduan, iaitu Eco, Normal, dan Sport, turut disediakan bagi membolehkan pemandu menyesuaikan pengalaman pemanduan mengikut keadaan jalan raya dan keutamaan masing-masing.

MG ZS menyediakan ruang but berkapasiti 443 liter, yang boleh diperluaskan sehingga 1,457 liter apabila kerusi belakang dilipat bagi memberi fleksibiliti untuk urusan harian, percutian keluarga, mahupun perjalanan jauh.

Advanced Safety and Smart Connectivity

MG ZS menerima penarafan keselamatan ANCAP lima bintang dan dilengkapi Teknologi Keselamatan Pemandu MG PILOT, yang merangkumi 16 fungsi bantuan pemanduan termasuk Kawalan Lampu Utama Pintar (Intelligent Headlight Control) dan Kawalan Pelayaran Pintar (Intelligent Cruise Control).

Melengkapkan ciri-ciri ini adalah aplikasi MG iSMART, yang membolehkan pemilik mengakses dan mengawal fungsi kenderaan tertentu dari jarak jauh menerusi telefon pintar mereka, termasuk kemasukan tanpa kunci (keyless entry), sekaligus memberikan lebih kemudahan dalam pemilikan harian.

MG ZS 1.5 Turbo: Prestasi Petrol yang Responsif

MG ZS 1.5 Turbo dijana oleh enjin petrol 1.5 liter turbo dengan sistem suntikan terus (direct injection) dan binaan aloi penuh, menghasilkan kuasa maksimum 170PS (125kW) dan tork 275Nm. Berganding dengan transmisi CVT berprestasi tinggi 8-kelajuan yang direka untuk mengendalikan beban tork sehingga 325Nm, tren kuasa ini dioptimumkan untuk prestasi yang responsif serta ketahanan jangka panjang.

Dengan penggunaan bahan api gabungan sebanyak 6.9 liter bagi setiap 100 km dan tangki bahan api berkapasiti 55-liter, MG ZS 1.5 Turbo menawarkan keseimbangan antara prestasi dan kepraktisan untuk pemandu yang memilih SUV berkuasa petrol konvensional.

MG ZS Hybrid+: ‘LIFE + MORE’, Lebih daripada Sekadar Keperluan

Mencerminkan falsafah ‘LIFE + MORE’ milik MG, MG ZS Hybrid+ menggabungkan kuasa, kecekapan dan keselesaan untuk meningkatkan pengalaman dalam setiap perjalanan.

MG ZS Hybrid+ dikuasakan oleh enjin petrol empat silinder 1.5 liter kitaran Atkinson yang dipadankan dengan motor elektrik 100 kW dan disokong oleh bateri nikel-mangan-kobalt (NMC) berkapasiti 1.83 kWh – iaitu sejenis kimia bateri yang jarang digunakan dalam SUV hibrid segmen-B. Sistem hibrid ini menghasilkan output maksimum gabungan 215 PS (158 kW) dan tork 465 Nm. Dipadankan dengan transmisi hibrid khusus tiga kelajuan (DHT), ia mampu memecut dalam masa 8.7 saat sambil mencatatkan penggunaan bahan api serendah 4.7 liter setiap 100km.

Dengan lapan mod dorongan kuasa (propulsion modes), tangki bahan api berkapasiti 41 liter dan jarak pemanduan sehingga 870 km, MG ZS Hybrid+ mengimbangi kecekapan dan kemudahan untuk perjalanan harian mahupun jarak jauh tanpa memerlukan pengecasan luaran. Dalam keadaan pemanduan yang sesuai, ia juga boleh beroperasi menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya pada kelajuan sehingga 80 km/j, memberikan pengalaman pemanduan yang lebih senyap seperti kenderaan elektrik.

Perlindungan Waranti Komprehensif

Bagi 3,000 pelanggan pertama, SAIC Motor Malaysia menawarkan pakej waranti lanjutan untuk barisan model MG ZS, merangkumi waranti kenderaan selama tujuh tahun tanpa had perbatuan. Bateri hibrid MG ZS pula dilindungi oleh waranti selama lapan tahun atau 160,000km, memberikan ketenangan minda untuk pemilikan jangka panjang.


Bagi pihak yang telah membuat tempahan, unit pandu uji MG ZS kini tersedia di bilik pameran MG di seluruh negara. Pengunjung boleh mengunjungi bilik pameran MG sah yang terdekat bagi melihat varian tersebut serta merasai sendiri pengalaman pemanduan MG ZS Hybrid+.

Kini, MG ZS Hybrid+ juga akan dipamerkan untuk tatapan umum dan sesi pandu uji semasa pameran bergerak (roadshow) MG di 1 Utama Shopping Centre dari 29 Oktober hingga 2 November 2026, dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam.