TALIAN KHIDMAT
WHATSAPP

KALKULATOR
PINJAMAN

TALIAN KHIDMAT WHATSAPP

KALKULATOR PINJAMAN

Back to NEWSROOM

MG Motor Bawa Momentum Kukuh 2025 ke Tahun Ini, TawarPromosi Menarik Sempena Tahun Baharu Cina

15 Jan 2026

Kuala Lumpur, 15 Januari 2026 – MG Motor Malaysia melangkah ke tahun 2026 dengan momentum kukuh susulan tahun 2025 yang transformatif, dipacu oleh kejayaanpelancaran pelbagai produk baharu, pertumbuhan jualan berterusan, serta kedudukanMalaysia sebagai salah satu pasaran utama MG di rantau ini.

Permintaan dan Minat terhadap MG Terus Meningkat di Malaysia

Pada 2025, MG telah melancarkan SUV elektrik mampu milik MG S5 EV pada bulan Mei, diikuti pengenalan MG Cyberster EV pada bulan Julai. ‘Roadster’ elektrik pacuan rodabelakang yang berkuasa dan berharga kompetitif ini telah mentakrifkan semula kredibilitiprestasi jenama MG. Tahun yang sama turut menyaksikan pelancaran edisi khas seperti MG5 X Edition dan MG4 101 Edition pada bulan Oktober, sekali gus memperkukuh barisanproduk MG merentasi segmen kenderaan elektrik (EV) dan enjin pembakaran dalaman (ICE).

MG Cyberster turut melakar pencapaian penting apabila Malaysia muncul sebagai pasaranNo.1 di Asia dan Oceania (tidak termasuk China) bagi ‘roadster’ elektrik yang ikonik ini. Kejayaan tersebut turut menempatkan Malaysia dalam kelompok lima pasaran teratas dunia dari segi jualan MG Cyberster, sekali gus mengukuhkan peranan strategik negara ini dalamstrategi antarabangsa MG.

Momentum kukuh daripada rangkaian produk ini mendorong pertumbuhan berterusan MG Motor Malaysia sehingga ke penghujung tahun 2025, dengan peningkatan jualan bulan-ke-bulan sebanyak 20% pada Oktober, 9% pada November dan lonjakan ketara sebanyak 50% pada Disember. Prestasi ini mencerminkan tahap keyakinan pelanggan yang semakinmeningkat serta permintaan kukuh merentasi segmen kenderaan ICE dan BEV.

Seiring dengan pertumbuhan produk dan jualan, MG Motor Malaysia turut memperkukuhrangkaian perkhidmatan selepas jualannya sepanjang 2025 menerusi pembukaan enam pusatservis bertauliah baharu. Dengan penambahan ini, MG kini mengendalikan sebanyak 19 pusatservis bertauliah di seluruh negara. Pusat-pusat baharu tersebut merangkumi MG Old KlangRoad, MG Rimbayu, MG Motor Miri, MG Motor Sibu, MG Motor Alor Setar dan MG Motor Sunway.

“Tahun 2025 merupakan tahun yang amat penting bagi MG di Malaysia, dan kami amatterdorong oleh sambutan hangat pelanggan terhadap rangkaian produk kami,” kata PengarahUrusan SAIC Motor Malaysia, Emory Qi. “Melangkah ke tahun 2026, kami kekal komiteduntuk menawarkan inovasi British yang mudah diakses, pengalaman pemanduan yang mengujakan serta proses pemilikan kenderaan yang memberikan ketenangan fikiran kepadapelanggan di Malaysia. Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pelanggan atas sokongan padu sepanjang tahun 2025.”

Pada tahun ini, MG Motor Malaysia merancang untuk terus memperluas rangkaian selepasjualannya melalui pembukaan pusat baharu di Jalan Ipoh, Kuching, Pulau Pinang, Tebrau dan Bandar Tun Razak. Sehingga Disember 2025, rangkaian MG di Malaysia merangkumi 17 cawangan 3S dan dua cawangan 2S, bagi memperluas liputan serta memudahkan akses kepadaperkhidmatan selepas jualan untuk pelanggan di seluruh negara.

Promosi Awal Tahun

Bagi membuka tirai 2026, MG Motor Malaysia melancarkan kempen bilik pameran di seluruhnegara bertemakan “Drive British Dynamics This CNY”, yang berlangsung dari 23 Januari hingga 31 Januari 2026. Kempen ini mengajak rakyat Malaysia untuk mengalamikehebatan ‘British Dynamics’ MG menerusi reka bentuk, ciri keselamatan, pengendalian sertaprestasi kenderaan yang luar biasa. Pelanggan yang menyertai sesi pandu uji sepanjang tempohkempen turut berpeluang memenangi kredit Touch ’n Go bernilai RM100, tertakluk kepadaterma dan syarat.

Sempena sambutan Tahun Baharu Cina, MG Motor Malaysia turut menawarkan promosimasa terhad merentasi pelbagai rangkaian modelnya. Pelanggan boleh menikmati penjimatanbagi MG S5 EV (sehingga RM28,000), MG HS (sehingga RM42,000), MG4 EV (sehinggaRM28,000) serta MG5 (sehingga RM11,000). Selain itu, model terpilih turut disertakandengan pilihan ‘penghantaran pantas’, membolehkan pelanggan menerima kenderaan dalamtempoh kurang daripada seminggu, tepat pada masanya untuk sambutan Tahun Baharu Cinadan Hari Raya, tertakluk kepada terma dan syarat.

MG Motor Malaysia turut memperkenalkan Promosi Selepas Jualan Tahun Baharu Cina dari23 Januari hingga 16 Februari 2026, yang merangkumi pemeriksaan kenderaan 30-poin percuma, diskaun 15% bagi alat ganti penyelenggaraan, diskaun 10% untuk caj buruh, sertahadiah perayaan percuma, tertakluk kepada terma dan syarat. Maklumat lanjut boleh didapatidi laman web rasmi MG Motor Malaysia di www.mgmalaysia.com.