MG Motor Malaysia dengan sukacitanya mengumumkan bahawa MGS5 EV telah secara rasmi menerima penarafan 5-Bintang ASEAN NCAP semasa Persidangan Antarabangsa mengenai Keselamatan dan Inovasi Holistik untuk Kenderaan Masa Hadapan (SHIFT 2025) yang telah berlangsung di Bangi Resort Hotel baru-baru ini.
SHIFT 2025, yang dianjurkan bersama oleh ASEAN NCAP dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), berperanan sebagai platform penting yang menghubungkan dunia akademik dan industri bagi memacu kemajuan keselamatan serta inovasi kenderaan di seluruh rantau ini.
“Kami berasa amat bangga untuk menerima penarafan 5-Bintang ASEAN NCAP untuk MGS5 EV, yang mencerminkan komitmen kami yang tidak berbelah bahagi terhadap keselamatan dan kualiti. Seiring dengan usaha kami ke arah pemasangan tempatan, pengiktirafan ini mengukuhkan lagi dedikasi kami untuk membawa kenderaan yang menepati piawaian keselamatan antarabangsa ke jalan raya Malaysia,” kata Emory QiFeng, Pengarah Urusan SAIC Motor Malaysia.
Ketahui lebih lanjut bagaimana MGS5 EV cemerlang dalam ujian ASEAN NCAP di sini: https://www.aseancap.org/result/12559

MG5
MG HS
MG CYBERSTER
MG4 Ultimate
MGS5 EV
MG5