TALIAN KHIDMAT
WHATSAPP

KALKULATOR
PINJAMAN

TALIAN KHIDMAT WHATSAPP

KALKULATOR PINJAMAN

PROGRAM INSURANS

SAIC Motor Malaysia Sdn. Bhd. memperkenalkan Program Insurans MG (MIP), kerjasama bersama penanggung insurans panel yang dipercayai seperti Berjaya Sompo Insurance, Allianz Malaysia and Zurich Takaful Malaysia. Program ini menawarkan perlindungan menyeluruh kepada semua pelanggan MG sepanjang tempoh pemilikan mereka.

PERLINDUNGAN YANG LEBIH MENYELURUH

Untuk setiap pembelian insurans MG baharu anda, nikmati perlindungan tambahan khusus untuk EV, sebagai pelengkap kepada perlindungan anda:

Nilai Dipersetujui, Betterment & Pelepasan Lebihan sehingga 12 tahun (Kecuali Lebihan Wajib*)
Tiada caj untuk Semua Pemandu
Kemalangan: Inconvenience Allowance sebanyak RM200/sehari, sehingga 5 hari
Perlindungan Penuh untuk Risiko Khas (Special Perils)

BANTUAN TUNDA & KEROSAKAN 24/7 TANPA HAD

EV anda akan ditunda ke pengendali stesen pengecas terdekat sekiranya kehabisan bateri semasa perjalanan.

Perlindungan Kunci Sehingga RM2,000
Elaun Kecurian atau Total Loss Sehingga RM1,500
Perlindungan Kemalangan Diri (PA) Sehingga RM20,000 bagi kematian/kecacatan kekal
Kelulusan Tuntutan Pantas Sehingga RM30,000

PERLINDUNGAN WALLBOX CHARGER DI RUMAH

Tuntutan semula sehingga RM10,000 sekiranya Wallbox Charger dicuri atau rosak akibat faktor luaran

Selain itu, dengan Polisi Allianz EV Shield yang ditawarkan oleh Allianz Malaysia, pelanggan akan menikmati perlindungan berikut:
  • Perlindungan Ehsan sehingga RM5,000 bagi kerosakan atau kecederaan semasa menggunakan pengecas elektrik awam
  • Perlindungan Kabel Pengecas Mudah Alih sehingga RM2,000
  • Perlindungan Pengecas Dinding Rumah Kenderaan Elektrik sehingga RM15,000
  • Perlindungan Liabiliti Peribadi sehingga RM50,000 berkaitan penggunaan Pengecas Dinding Rumah Kenderaan Elektrik
  • Pengecasan EV di lokasi atau perkhidmatan tunda ke stesen pengecas terdekat atau rumah (yang mana paling dekat) jika kenderaan kehabisan bateri.

Pengecasan EV di lokasi kini tersedia di Lembah Klang, Pulau Pinang, Kuantan dan Johor Bahru.

Nota: Lebihan Wajib

Lebihan wajib sebanyak RM 400 Polisi Kereta Persendirian adalah jumlah kerugian yang perlu ditanggung oleh anda jika kenderaan
anda dipandu oleh pemandu di bawah umur dua puluh satu (21) tahun atau pemegang lesen memandu Sementara (P) atau Pelajar (L).